30.3.19

Kisah delivery Nazha Part 2

Ehh sampai banyak part pulak kannn. Dak dak dua part ja. Hat ni last. Ok sambung lepas subuh pi PAC Hospital Sultanah Bahiyah, Loqstaq. On the way tu dah tak berapa sakit. Alamak. Tapi dah on the way pi jela. Sampai sana punya la ramai sampai hilang sakit terus. Buat ve and ctg. First time VE, elehhh tak sakit punnn. Orang dok kata sakit sangat la trauma la buat ve. Aku rilek berlagak kata tak sakit. VE baru 1cm so kena balik. Aku mintak nak admit, doc tak bagi sebab macam lambat lagi katanya. 

Aku sebenaqnya rasa bersalah ngan family in law aku sebab semua pakat ikut pi. Kecewa pulak kalau tak jadi beranak. Tapi memang kena balik jugak la.

Takpa la balik. Lagi pun tak masuk 38 weeks lagi orang kata kalau nak beranak before 38 weeks kena cucuk bagi matang paru-paru baby dulu. Takut la pulak. Haha dasarrr penakut.

Sejak balik tu hari-hari ketuk ketampi, jalan itik tapi dalam bilik ayaq jela sebab dok rumah mertua malu la iols. Haha. Naik turun tangga, pagi-pagi jalan dalam kampung, jalan naik bukit kat Titi Hayun. Eh banyakkk la aktiviti aku buat demi nak beranak cepat.

Sebenaqnya punca nak beranak cepat sebab orang keliling dok suruh minum selusuh la, ayaq rendam akaq fatimah la, takut kalau kena paksa (induce) la, takut kena belah (czer) la. Macam-macam. Aku? Memang la takut kalau kena czer, tapi nak minum semua tu lagi aku takut.

Akaq fatimah tu, Ayah aku kirim dekat orang pi Mekah memang simpan untuk aku. Terharu memang terharu. Tapi takut tu takut jugak. Banyak dok baca kalau minum awai sebelum masanya, dapat sakit saja sebab jalan takmau bukak. Aku decided nak tunggu sampai dah ada bukaan sikit atleast 3cm ka baru nak minum.

Checkup macam biasa every week sampai beranak. Memandangkan takdak tanda jugak, kena serah diri la sehari sebelum edd sebab aku gdm on diet control. 

Macam dah panjang pulak. Kena buat part 3 ni. Haha. See yaaaa.

No comments: